Saturday, February 25, 2012

Hanuman: Suara Hati – Bahagian 7


Kalau begitu, seorang lagi akan diutus untuk merealisasikan impian membunuh Ravana. Kau pilihlah sendiri calon yang paling sesuai untuk memikul tanggungjawab itu,” Brahma memutuskan.Maharishyi Kaswa berfikir sedalam-dalamnya. Suatu tugas besar terletak pada bahunya.

“Manusia yang akan membunuh Ravana sudah pun ditentukan. Saya harap manusia itu akan mendapat seorang anak. Anak itulah yang akan membantu bapanya membunuh Ravana,” pinta maharishyi itu akhirnya.

“Permintaan kau diperkenankan. Anak yang bakal lahir seperti yang kau pinta itu akan memiliki pelbagai anugerah istimewa daripada Dewata,” kata Brahma.

“Om, shanti, shanti, shanti.”


“Tapi ingat! Sekiranya anak istimewa itu tidak pula dipelihara dengan baik, ibu bapanya akan mengalami azab yang tidak terkata. Mereka akan terus menderita hingga ke kaliyuham.”

Selepas berkata-kata demikian, Brahma pun ghaib daripada pandangan.Sementara itu, Ravana sudah membawa Mandudaki ke istananya di Panggala. Pada malam tersebut, Dasaratha datang ke istana tersebut dan meniduri Mandudaki tanpa disedari Ravana.

Sahih atau tidak cerita itu, aku tidak pasti. Kalau sahih, bukankah Rama dan Sita sebapa?
Ya, Sita adalah anak Mandudaki yang dibuang oleh Ravana. Bibasenam yang menujum puteri itu mengatakan bahawa suami Sita akan membunuh Ravana suatu hari nanti.Demikianlah, segala-galanya terjadi mengikut takdir Tuhan. Bukankah Tuhan yang merancang perjalanan alam!

Mandudaki yang merupakan klon Mandodari bersalin pada malam bintang kartigei paling terang di ufuk barat. Ravana terlalu gembira menerima kelahiran anak perempuan yang pertama itu.
Tiada siapa yang tahu bahawa Sita sebenarnya adalah anak Dasaratha. Rahsia hitam itu terus mati bersama matinya Mandudaki sejurus selepas melahirkan Sita.

Tuanku bermuram
Suatu hari, Ravana sedang duduk termenung di atas singgahsana pancasuvarna di istana. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

“Apakah sebabnya maka tuanku bermuram durja?”

“Mamanda Bibasenam,” Ravana bersuara sayu setelah memastikan hanya mereka berdua berada di balairung. “Apa pendapat mamanda tentang bayi perempuan ini?”

“Comel, tuanku,” kata Bibasenam.

“Tentu dia akan membesar menjadi perawan jelita,” Ravana menambah. “Bukankah begitu, mamanda?”


Source : http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/25/87450/

No comments: