Hanuman. Akulah kera putih itu. Akulah yang mempunyai
keupayaan membesar sebesar alam dan mengecil sekecil kuman.Akulah kera
putih yang dianugerahkan Tuhan keupayaan menjelma dalam mimpi orang yang aku
sayang. Akulah Hanuman, kera bermata hijau yang boleh terbang membelah langit;
bernafas di dalam air.
Maha Agung Tuhan yang mengurniai kera kecil ini dengan sekian banyak keajaiban.
Akulah Hanuman yang keputihan bulunya melambangkan kesucian hati; kehijauan matanya menggambarkan pandangan kasih.
Akulah yang diutuskan Brahma untuk membantu Rama membunuh Ravana. Akulah yang dikatakan pengikut setia Rama. Rama yang perkasa, yang wira, yang berketrampilan, yang membunuh Ravana.
Itu semua orang tahu. Tapi aku bukan sekadar pengikut setianya. Aku juga .... Tidak! Aku tidak boleh memecahkan rahsia itu selagi Rama sendiri tidak mengakuinya.
Di Gunung Maha Purita ini, Rama telah membina istana tujuh lapis bertingkat tujuh belas. Tapi dia tidak lama memerintah.
Baru setahun lalu, semasa usiaku dua puluh sembilan tahun, Rama pergi bersama-sama isterinya, Sita. Tampuk pemerintahan Kerajaan Indus telah Rama serahkan kepadaku sebelum dia pergi.
Mengapa aku? Mengapa tidak Tilewi, anaknya yang mengahwini Puteri Indera Kesuma, anak Indrajit?
Bodohnya soalan itu! Bukankah Tilewi sudah berkerajaan sendiri.
Selepas kematian Ravana, Rama berusaha menyatupadukan keturunan Arya dan Dravida. Selepas kematian Ravana selaku ketua keturunan Arya, saki-baki keturunan tersebut datang bernaung di bawah Rama.
Langkah ini memudahkan usaha Rama. Raja itu sendiri mengahwinkan puteranya yang bernama Tilewi dengan Puteri Indera Kesuma, anak Indrajit.
Sebenarnya, langkah itu adalah sebagai memenuhi permintaan Indrajit jua. Aku masih ingat peristiwa itu. Kata-kata Indrajit kembali terngiang-ngiang di cuping telinga.
“Kebenaran harus terus hidup,” kata Indrajit sebelum menghembuskan nafas terakhir di medan perang. “Aku sudah pun melaksanakan tanggungjawabku. Aku telah berperang sebagai seorang anak yang setia kepada Ravana. Aku sudah membuktikan bahawa biar sehebat mana sekali pun seseorang, wijaya tetap di pihak yang memperjuangkan kebenaran.”
Indrajit merenung mataku sambil menahan sebak. Aku mengusap dadanya.
“Tapi aku tidak mahu keturunan Arya terus memihak kepada pihak yang bersalah. Tolonglah, Hanuman, jadikan anakku menantu Rama. Biarkan cucu-cicitku nanti berasa megah berada di pihak yang benar. Biarlah keturunan Dravida dan Arya bergabung. Kahwinkanlah Puteri Indera Kesuma dengan Tilewi, anak Rama. Rajakanlah Tilewi di kerajaan keinderaan.”
http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/04/hanuman-suara-hati-%e2%80%93-bahagian-1/

No comments:
Post a Comment