Sebaik sahaja Raja Yayati memeluk Puru, suatu transformasi magis berlaku. Sebelum ini, Yayati menjadi tua kerana sumpahan Maharishi Sukracharya.
Akan tetapi, kini Yayati tiba-tiba memiliki kekuatan seperti seorang remaja berusia 15 tahun. Sementara itu, putera bongsunya pula yang kini mendapati dirinya sudah menjadi seorang lelaki tua.
“Betapa hebatnya perasaan ini!” Yayati meluahkan rasa gembira seraya memeluk Puru beberapa kali. “Ayah sudah dapat merasakan darah muda dan hormon remaja menular dalam tubuh ini.”
Puru pula kepenatan kerana tiba-tiba bertukar menjadi orang tua.
Dia meminta diri untuk duduk di atas kerusi. Sementara itu, Yayati melompat-lompat dan menggerak-gerakkan tangannya kerana amat gembira dengan transformasi yang berlaku pada diri.
“Apakah ayah akan kembali kepada ibu?” tanya Puru sejurus kemudian.
“Kembali kepada Devayani?” Yayati mengerutkan kening sebelum ketawa.
“Ibu kaulah yang mengadu kepada datuk kau, Sukracharya, sehingga menyebabkan ayah disumpah menjadi tua. Maka mustahil ayah akan membawanya kembali ke istana.”
“Jadi, apakah rancangan ayah?”
“Tugas pertama ayah,” kata Yayati yang kini bertubuh remaja, kepada Puru yang bertubuh orang tua, “adalah untuk mengotakan janji kepada kau. Biarlah janji ditepati dan bukan dicapati.”
Segera Yayati memanggil empat lagi puteranya, para menteri dan semua pembesar di Kerajaan Bharata.
“Mulai saat ini, beta serahkan tampuk pemerintahan kerajaan ini kepada Puru,” titahnya dengan penuh semangat.
Selepas menyerahkan cokmar yang menjadi lambang pemerintahan, Yayati segera pergi mencari dayang-dayang. Mereka pula segera memandikan raja itu yang kini sudah menjadi remaja berumur 15 tahun.
Kemudian bergembiralah mereka sambil melayan asmara dan cinta berahi. Yayati ternyata hebat dan memanfaatkan sepenuhnya keremajaan yang tiba-tiba dimilikinya.
Beberapa minggu kemudian, selepas puas bermesra dengan kesemua dayang dan penghuni wanita di istana, Yayati memutuskan untuk meneroka dunia luar.
Tambahan pula, dia sudah jemu bermesra dengan dayang-dayang yang turut melayan kelima-lima puteranya sebelum ini.
Dipendekkan cerita, Yayati berjaya sampai ke Taman Kubera. Taman itu dihuni apsara iaitu bidadari berupa orang bunian.
Kesemua apsara di situ cantik belaka. Yayati meluangkan masa bermesra dan mabuk cinta di sana.
Setahun kemudian, Yayati mula terasa jemu dengan layanan yang diberikan oleh apsara. Sebagaimana dia menjadi jemu dengan dayang di istana, demikianlah juga dia mula jemu dengan apsara.
Walaupun segala panduan dan ajaran dalam Kamasutra dimanfaatkan sepenuhnya, Yayati masih belum terasa puas. Dia sedar bahawa rasa tidak puas itu bukan hanya kerana dia kini berusia 16 tahun.
“Ternyata manusia tidak akan puas dalam soal seks. Aku sudah merasai nikmat seks sejak dahulu sebagai seorang remaja dan dewasa.
Kemudian tiba-tiba aku disumpah menjadi orang tua yang tiada kemampuan seksual. Kini aku kembali menjadi remaja berumur 16 tahun tetapi masih belum rasa puas.”
Demikian fikir Yayati pada suatu hari. Tanpa membuang masa, dia meninggalkan Taman Kubera dan kembali ke Kerajaan Bharata.
Puru yang sebenarnya berusia 16 tahun tetapi kini menanggung usia tua Yayati sedang memerintah kerajaan itu dengan penuh kejayaan.
Yayati kagum dengan ciri-ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh putera bongsunya itu.
“Ayah sudah memutuskan untuk tidak lagi menjadi remaja,” kata Yayati kepada Puru sebelum memeluk puteranya dengan erat.
Melalui pelukan itu, transformasi berlaku lagi. Puru kembali kepada usianya, iaitu remaja berumur 16 tahun. Yayati pula menjadi lelaki tua sepertimana disumpah oleh Sukracharya dahulu.
“Kau teruskanlah memerintah Kerajaan Bharata. Ayah sudah puas hidup dan kini mahu menjadi pendeta,” kata Yayati sebelum berangkat pergi ke hutan bagi menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan melakukan pertapaan.
Source : http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2013/12/01/mahabharata-%e2%80%93-bahagian-57/

No comments:
Post a Comment