“Tolonglah ceritakan apa yang sebenarnya berlaku di sini,” pinta Raja Yayati apabila melihat Devayani terus membisu di tepi tasik berair jernih di pinggir hutan.
“Saya boleh menceritakan sekiranya tuanku berjanji tidak akan memaksa saya pulang ke rumah,” gadis itu meletakkan syarat.
“Baiklah,” kata Raja Bharata itu tanpa berfikir panjang kerana terlalu ingin tahu apa yang berlaku sehingga menyebabkan seorang gadis jelita berada di dalam sebuah perigi buta dalam keadaan berbogel.
Maka mulalah Devayani menceritakan mengenai kedatangannya ke tasik itu bersama-sama Puteri Sarmista iaitu anak Raja Vrishaparva.
Tentulah memandangkan dia yang bercerita, maka watak dan perwatakan dirinya diputihkan manakala personaliti Sarmista dihitamkan.
“Saya tidak sanggup pulang ke rumah saya yang terletak dalam kerajaan di bawah pemerintahan Raja Vrishaparva memandangkan puterinya, Sarmista, sudah memalukan dan menghina saya,” Devayani berkata sebagai kesimpulan bagi ceritanya.
Sepanjang mendengar cerita itu tanpa bersuara, Yayati tertanya-tanya juga dalam diri tentang rupa fizikal Sarmista; apakah dia jelita atau hodoh seperti digambarkan oleh Devayani.
“Jadi apa yang mahu kau lakukan sekarang? Tentu seorang gadis jelita seperti kau tidak boleh terus tinggal di pinggir hutan seorang diri,” Yayati berkata sejurus kemudian dalam usaha memujuk Devayani supaya pulang.
“Apa-apa pun yang berlaku, saya tidak akan pulang ke rumah! Sarmista sudah memperlekeh, menghina dan memalukan saya. Sebagai seorang manusia yang bermaruah, saya tidak akan memijak tanah kerajaan milik bapanya,” Devayani menegaskan.
Kata-kata gadis itu membuatkan Yayati terkejut. Sedikit pun tidak disangkanya bahawa gadis jelita itu boleh bersikap tegas dan keras kepala. Yayati memandang kudanya yang masih berdiri di tebing tasik.
“Masakan aku boleh membawa gadis ini pulang bersama-samaku,” fikir raja itu.
“Bawalah saya pulang bersama tuanku ke istana,” kata Devayani pada saat yang sama.
“Pulang bersama-sama saya?” Yayati bertanya dengan nada terkejut. “Bukankah ayah kau iaitu Maharishi Sukracharya akan tercari-cari di mana kau berada?”
“Apabila kita sudah sampai di kerajaan tuanku dan segalanya sudah diuruskan untuk saya terus menetap di sana, kita bolehlah mengutus berita kepada ayah saya. Beliau boleh datang melawat saya,” kata Devayani dengan selamba.
Yayati tidak segera memberikan sebarang reaksi. Dipandangnya gadis itu yang sebentar tadi keluar dari dalam perigi buta dalam keadaan berbogel tetapi kini sudah mengenakan pakaian dan kelihatan bengis seperti seekor harimau.
Raja itu tidak menafikan hakikat bahawa Devayani memang cantik dan sangat menggoda. Akan tetapi, fikirannya segera pula tertanya-tanya apakah Sarmista mungkin lebih jelita berbanding gadis ini.
“Tuanku jangan lupa bahawa tuanku telah menghulurkan tangan kanan ke dalam perigi tadi. Saya pula menyambut tangan itu dengan tangan kanan saya, lalu tuanku menarik saya keluar,” Devayani mengimbas insiden yang berlaku sebentar tadi.
Yayati terpinga-pinga. Barulah raja itu sedar bahawa apa yang dikatakan oleh Devayani memang benar.
Biasanya, hanya seorang suami akan berbuat demikian; iaitu memegang tangan kanan isteri.
Kalau seorang lelaki bujang berbuat begitu pada seorang gadis, maka masyarakat akan menyarankan supaya lelaki itu segera mengahwini gadis terbabit.
“Tuanku juga jangan lupa bahawa tuanku sudah melihat saya dalam keadaan berbogel.
Maka tentulah mengikut budaya, amalan, norma dan tuntutan masyarakat, tuanku perlu mengahwini saya,” Devayani meneruskan sambil tersenyum malu bagaikan pengantin.
Yayati terpaku seketika. Apa-apa yang dikatakan oleh Devayani memang benar. Bagaimanapun, peristiwa yang dirujuk itu berlaku apabila baginda mahu menyelamatkan Devayani.
Maka syarat-syarat yang dinyatakan tidak boleh digunapakai.
“Tidak boleh, wahai gadis jelita. Kau adalah anak kepada seorang pendeta dan maharishi yang juga penasihat kepada golongan asura.
Aku pula hanya seorang raja. Kedudukan kau lebih tinggi dan aku tidak boleh memperisterikan kau,” Yayati cuba menyelamatkan diri.
Source : http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2013/08/25/mahabharata-%e2%80%93-bahagian-46/

No comments:
Post a Comment