Maharishi Sukracharya segera memejamkan mata dan mulutnya terkumat-kamit membaca mantra (mantera) dalam Bahasa Sanskrit.
Tindakan itu adalah untuk mengetahui di mana mayat Kacha yang dikerat-kerat dan dibakar menjadi abu itu dibuang.
Apabila lokasi sebenar sudah diketahui, mudahlah untuk maharishi itu menggunakan mantera Sanjivini untuk menghidupkan semula Kacha, anak Maharishi Brihaspati.
Devayani terus menanti dengan tidak sabar di hadapan bapanya. Gadis itu benar-benar risau memikirkan nasib kekasihnya.
Pada pendiriannya, sekiranya Kacha tidak dapat dihidupkan semula, biarlah dia turut mati bersama-sama buah hatinya itu.
Seketika kemudian, Sukracharya membuka kelopak mata. Keningnya berkerut dan peluh mula kelihatan mengalir turun dari dahi dan pipi.
Matanya tidak berkelip sewaktu merenung tajam ke arah anak gadisnya.
“Kenapa? Apa yang berlaku? Di mana Kacha? Sudahkan mantera Sanjivini dilafazkan untuk menghidupkannya semula?”
Sukracharya tidak segera menjawab pertanyaan bertubi-tubi yang dikemukakan oleh Devayani. Sebaliknya pendeta ini menggunakan tangan kanan untuk memegang perut sendiri.
“Wahai, anakku. Nampaknya kamu perlu melupakan sahaja cinta dan kasih terhadap Kacha. Anggaplah dia sudah tiada.”
“Tidak!” Devayani segera menjerit. “Hidup ini tidak bermakna tanpa Kacha di sisi. Kalau mantera Sanjivini tidak boleh digunakan untuk menghidupkan semula Kacha, apalah gunanya mantera sakti itu?
Apa gunanya ratusan dan ribuan asura dihidupkan semula menggunakan mantera Sanjivini sekiranya tidak mampu digunakan untuk menghidupkan buah hati saya?”
Sukracharya membiarkan sahaja Devayani meluahkan perasaan marah dan kecewa. Akhirnya gadis itu teresak-esak apabila sudah tidak bertenaga untuk menjerit dan berkata-kata.
“Saya amat menyayangi kamu. Kamu pula amat menyayangi Kacha. Maka, saya berada dalam dilema,” kata pendeta itu dengan tenang.
Maharishi itu menceritakan kepada Devayani bahawa entah bagaimana, abu mayat Kacha sudah dicampurkan ke dalam minuman yang kini berada di dalam tubuhnya.
“Sekiranya mantera Sanjivini digunakan, Kacha boleh hidup semula tetapi saya pula akan terkorban apabila pemuda itu muncul dari dalam tubuh saya,” Sukracharya menjelaskan.
Devayani kembali meraung. Dia amat mahukan supaya Kacha kembali hidup supaya mereka boleh berkahwin dan memulakan hidup baru.
Walau bagaimanapun, dia tidak sampai hati untuk membiarkan bapanya meninggal dunia. Atau sekurang-kurangnya untuk berkata begitu kepada bapanya.
“Tapi saya tetap mahukan Kacha. Hidup saya tidak bermakna tanpanya. Dialah kekasih awal dan akhir bagi saya. Kalau dia mahu dibiarkan kekal mati, tolonglah bunuh saya pada saat ini juga,” kata gadis itu dengan tegas.
Sukracharya berada dalam dilema. Maharishi itu menyangka bahawa mantera Sanjivini yang dimilikinya selama ini adalah suatu rahmat dan anugerah Tuhan.
Akan tetapi, nampaknya mantera sakti itu juga kini meletakkan dirinya dalam situasi yang amat genting.
Selepas lama berfikir, Sukracharya memutuskan bahawa dia sudah tidak ada pilihan lain.
Pendeta itu bertafakur dan berkomunikasi dengan roh Kacha yang kini berada di dalam tubuhnya.
Oleh kerana sudah tidak ada pilihan lain, Sukracharya membisikkan mantera Sanjivini kepada roh Kacha.
Maka, pemuda itu kini sudah mengetahui mantera sakti yang selama ini hanya diketahui oleh Sukracharya.
Sejurus kemudian, maharishi itu mengulangi mentera Sanjivini dan Kacha segera menerebos keluar dari perut Sukracharya. Devayani terasa amat gembira. Akan tetapi, dia juga terkejut melihat bapanya sudah meninggal dunia.
Tanpa berlengah, Kacha melafazkan mantera Sanjivini tanpa suara. Serta-merta, Sukracharya juga hidup semula. Devayani terasa amat gembira kerana sudah kembali memiliki bapa dan kekasih.
“Saya telah muncul dari tubuh Maharishi Sukracharya. Maka, beliau bukan sahaja guru saya tetapi juga umpama ibu saya.
Maknanya, Devayani bagaikan saudara saya. Jadi, maafkan saya kerana saya tidak boleh menerima cinta kamu,” kata Kacha.
Sementara Sukracharya dan Devayani masih terpinga-pinga, Kacha bersiap-sedia untuk pulang kepada golongan vasu (dewa) bersama-sama mantera Sanjivini yang kini sudah diketahuinya. –
Source : http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2013/08/04/mahabharata-%e2%80%93-bahagian-43/

No comments:
Post a Comment