Pada suatu petang, Devayani bersama-sama Puteri Sarmista dan sekumpulan kawan sedang mandi di tebing sebuah tasik.
Sarmista adalah anak kepada Raja Vrishaparva iaitu pemerintah bagi golongan asura. Penasihat diraja pula ialah Maharishi Sukracharya yang memiliki mantera Sanjivini.
Melalui hubungan itulah Devayani mengenali Sarmista dan hubungan mereka juga agak rapat.
Sukracharya membiarkan anak gadisnya meluangkan masa bersama-sama puteri itu kerana sekurang-kurangnya boleh membantu melupakan pengalaman pahit bercinta dan kemudian ditinggalkan Kacha iaitu anak Maharishi Brihaspati yang merupakan penasihat golongan vasu (dewa).
Pada petang itu, Devayani, Sarmista dan kawan-kawan mereka memutuskan untuk mandi di dalam tasik. Untuk itu, mereka menanggalkan pakaian dan meletakkannya di atas beberapa ketul batu besar di tepi tasik.
Sewaktu kumpulan gadis berkenaan sedang seronok bermain dan mandi di dalam tasik yang berair sejuk dan jernih, angin bertiup agak kencang.
Akibatnya, pakaian yang diletakkan di atas ketulan batu mula terbang dan jatuh melonggok di satu tempat.
Tidak lama kemudian, kumpulan gadis itu melangkah keluar dari dalam tasik. Masing-masing mencari-cari pakaian mereka dalam timbunan itu.
Dalam keadaan kelam-kabut, Sarmista mencapai sehelai baju dan memakainya. Rupa-rupanya pakaian itu adalah milik Devayani.
“Amboi! Mana boleh anak seorang raja memakai pakaian anak seorang maharishi,” Devayani berkata sambil ketawa dan melawak.
“Kedudukan golongan pendeta lebih tinggi berbanding golongan raja-raja dan penglima tentera.”
Sarmista pula terasa amat malu mendengar kata-kata itu. Walaupun Devayani hanya berlawak, kata-katanya ternyata menghiris perasaan puteri berkenaan. Dia segera menanggalkan pakaian itu lalu mencari dan memakai pakaian miliknya.
“Awak jangan mengada-ngada, Devayani. Apakah awak fikir kedudukan awak amat tinggi semata-mata kerana awak lahir dalam keluarga seorang pendeta dan maharishi?” Puteri itu meninggikan suara.
“Eh! Janganlah marah. Saya sekadar berlawak. Janganlah ambil hati. Bukankah kita kawan-kawan,” kata Devayani sambil mencebikkan bibir.
“Jangan berpura-pura di depan saya. Saya seorang puteri. Bapa saya adalah seorang raja dan pemerintah tertinggi bagi golongan asura.
Bapa awak pula sekadar penasihat kepada bapa saya. Awak jangan lupa bahawa pada setiap hari, bapa awak datang berdiri tertunduk di hadapan bapa saya.”
Kawan-kawan yang datang bersama-sama Sarmista dan Devayani cuba menenangkan kedua-dua gadis itu.
Mereka sedar bahawa puteri itu memang sedang benar-benar marah. Devayani pula mengajuk-ajuk reaksi puteri itu; sekali gus membuatkan si puteri semakin marah.
“Bapa awak sama taraf dengan pengemis yang pergi meminta sedekah dari rumah ke rumah. Jadi, awak umpama anak seorang pengemis!” Sarmista berkata dengan nada marah dan wajahnya memerah.
Devayani sedar bahawa puteri itu sedang benar-benar berang. Maka dia berhenti mengajuk-ajuk tingkah laku Sarmista. Dia segera mencapai bajunya yang sudah ditanggalkan oleh puteri berkenaan.
“Janganlah marah, Sarmista. Saya sekadar berlawak. Kita bersahabat baik sejak sekian lama. Jadi masakan saya tak boleh buat lawak seperti ini.”
“Jangan cuba memberikan alasan. Selepas awak menghina saya, sekarang awak berkata bahawa semua ini hanyalah jenaka. Saya tidak akan memaafkan awak!”
Sambil berkata begitu, Sarmista menerpa ke arah Devayani dan mula menamparnya berulang kali. Devayani yang masih belum sempat mengenakan pakaiannya pula terkejut apabila diserang secara tiba-tiba.
Berlaku pergelutan kecil antara Sarmista dan Devayani. Kawan-kawan mereka hanya berdiri membisu kerana tidak tahu apa yang patut dilakukan.
Tanpa disangka-sangka, Sarmista menolak Devayani ke dalam sebuah perigi buta yang terdapat di sana.
Gadis yang berbogel itu pun jatuh ke dalam perigi. Sarmista duduk di atas seketul batu besar sambil menghela nafas. Api kemarahan dan kebencian terpancar pada pandangan matanya.
“Bagus! Devayani sudah mampus. Mari kita pulang ke istana,” kata puteri itu kepada kawan-kawannya yang segera menurut tanpa sebarang bantahan.
Source : http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2013/08/11/mahabharata-%E2%80%93-bahagian-44/

No comments:
Post a Comment