GUANGZHOU: Biar apa jua alasan dan sebab musabab, skripnya tetap sama dan tidak boleh diubah. Pemain Malaysia sekali lagi gagal membawa pulang gelaran pada Kejohanan Badminton Dunia 2013 yang berakhir di sini semalam.
Ketika pasukan jiran tetangga, Indonesia dan Thailand berbangga kerana pemain masing-masing mampu menjulang kejuaraan pada kejohanan itu, skuad Malaysia terpaksa berpuas hati apabila Datuk Lee Chong Wei sekadar di tempat kedua dalam acara perseorangan lelaki.
Untuk rekod, pemain Indonesia muncul juara dalam acara beregu lelaki dan beregu campuran manakala pemain muda Thailand, Ratchanok Intanon merangkul gelaran dunia dalam kategori perseorangan wanita.
Kegagalan Chong Wei menamatkan badi kekalahannya kepada musuh tradisi, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir semalam, mengulangi skrip seperti pada Kejohanan Badminton Dunia 2011 dan Sukan Olimpik 2012, kedua-duanya di London.
Pada ketiga-tiga pertemuan tersebut, Chong Wei gagal kepada lawan yang sama iaitu Lin Dan yang kini sudah mengecap lima kejuaraan dunia dan dua pingat emas pada temasya Sukan Olimpik.
Pada Kejohanan Dunia kali ini, Chong Wei terpaksa akur kepada pemain legenda China itu apabila terpaksa menarik diri pada set ketiga iaitu pada kedudukan beliau ketinggalan 17-20, gara-gara mengalami kekejangan pada kedua-dua pahanya.
Permainan Chong Wei dikatakan tidak menjadi apabila pendingin hawa di Gimnasium Tianhe tiba-tiba ditutup dan keadaan panas serta tidak berangin itu merubah sepenuhnya perjalanan perlawanan.
Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock memberi alasan bahawa keadaan itu menyebabkan jaguh badminton negara itu mengalami penghidratan, malah jadual perlawanan yang terlalu ketat kepada Chong Wei juga menyebabkan lawannya itu memiliki kelebihan fizikal sebelum turun beraksi di pentas akhir.
Chong Wei mungkin sudah memberikan yang terbaik tetapi persoalannya, kenapa perkara itu terjadi sedangkan beliau sudah melakukan persiapan yang cukup rapi bagi menghadapi kejohanan itu, sedangkan Lin Dan yang lebih setahun tidak menyertai kejohanan kompetitif selepas Sukan Olimpik 2012 mampu bertahan.
Kekuatan mental
Apa pun alasan atau sebab, kekuatan mental adalah antara faktor terpenting untuk bergelar juara dunia.
Chong Wei, 30, meminta rawatan pada kedudukan 16-19 di set ketiga dan cuba menyambung permainan, namun dia tidak mampu bergerak pada kedudukan 17-20 untuk menghadiahkan kejuaraan kelima buat Lin Dan yang menang 16-21, 21-13, 20-17.
Secara keseluruhannya, pencapaian pemain negara pada kejohanan itu sangat mengecewakan terutama beregu ‘emas’ negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang tersingkir di peringkat suku akhir.
Justeru, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu tegas dengan keputusan mereka agar pasangan berkenaan dipisahkan kerana gagal mencapai sasaran yang ditetapkan pada kejohanan itu iaitu sekurang-kurangnya layak ke akhir.
Sebelum ini, BAM meletak sasaran kepada pasangan beregu berkenaan untuk mara ke akhir atau bakal berdepan ‘hukuman’ dipisahkan berikutan prestasi mereka yang merudum sejak beberapa tahun lepas.
Malah, ketua jurulatih beregu negara, Tan Kim Her juga harus meletak jawatan sebagai pihak bertanggungjawab di atas kegagalan Koo-Tan menepati sasaran final itu, selain prestasi beregu lelaki Malaysia lain pada kejohanan itu kali ini, tidak memberangsangkan.
Pasangan Hoon Thien How-Tan Wee Kiong sekadar mara ke pusingan ketiga, itu pun selepas menewaskan rakan senegara, Goh V Shem-Lim Khim Wah di pusingan kedua.
Berpandukan pada keputusan itu, jelas kredibiliti Kim Her wajar dipersoal kerana sepanjang menggalas tugas selaku ketua jurulatih beregu, tiada keputusan positif dihasilkan termasuk terus kemarau kejuaraan kejohanan utama.
Satu lagi pasangan negara yang tidak bernaung di bawah BAM, Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari pula tersingkir pada pusingan ketiga.
Prestasi beregu wanita dan beregu campuran pula tidak ke mana apabila pencapaian terbaik mereka sekadar mara ke pusingan kedua, manakala wakil tunggal Malaysia dalam perseorangan wanita, Tee Jingn Yi terkandas pada pusingan pertama.
Cuma sedikit memberi harapan ialah dua pemain perseorangan lelaki, Chong Wei Feng dan Liew Daren yang mampu beraksi sehingga ke pusingan ketiga sebelum ditunjuk jalan keluar pada kejohanan berkenaan.
Keupayaan pemain
Dalam pada itu, BAM juga perlu mengkaji amalan mereka yang memandang rendah keupayaan pemain negara sedangkan badan induk itu mahu setiap pemain memasang sasaran besar pada setiap kejohanan besar termasuk Kejohanan Dunia.
Kecuali Chong Wei dan beregu Koo-Tan, semua pemain Malaysia yang lain telah ditempahkan tiket penerbangan pulang awal oleh badan induk badminton negara itu.
Walaupun apa yang diramalkan BAM memang menjadi kenyataan dan semua pemain ini gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir, namun tindakan badan badminton tersebut menyerahkan tiket pulang awal kepada pemain sebelum mereka berlepas ke Guangzhou sedikit sebanyak menjatuhkan moral pemain.
Biarpun memang menjadi amalan BAM untuk menghantar semua pemain yang telah tersingkir pulang awal dalam mana-mana kejohanan yang disertai, namun jurulatih dan pemain berasakan Kejohanan Dunia sepatutnya diberi pengecualian kerana ia merupakan satu pertandingan besar.
Negara seperti Korea Selatan, Indonesia dan Jepun difahamkan tidak menghantar pemain mereka pulang awal sekalipun sudah tersingkir daripada kejohanan kerana pemain-pemain itu akan memberi sokongan kepada rakan mereka yang masih berjuang.
Banyak perkara yang perlu diperbetulkan dalam mempersiapkan pemain negara yang benar-benar mantap yang mampu mengharumkan nama Malaysia di persada badminton antarabangsa.
Kini terpulang kepada presiden BAM baharu, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff untuk merencanakan pelan bagi membentuk pemain Malaysia bertaraf dunia dan tidak hanya bergantung kepada Chong Wei sahaja, agar mereka mampu bersaing dengan jaguh dunia lain.
Sudah sekian lama, peminat badminton tanah air dahagakan kemenangan daripada pemain Malaysia di pentas dunia dan mereka sangat merindui saat-saat itu.
Source : Bernama

No comments:
Post a Comment