Raja Yayati adalah Raja Bharata yang terkenal. Sebagaimana lazim dilakukan oleh raja-raja India pada zaman dahulu, baginda sering memburu di dalam hutan.
Pada suatu petang, baginda terpisah daripada kumpulan pemburu yang datang bersama-sama masuk ke dalam hutan. Walau bagaimanapun, Yayati tidak risau.
Baginda meneruskan perjalanan menunggang kuda dengan harapan akan mendapat mangsa yang sesuai untuk diburu.
Tidak lama kemudian, raja itu sampai di tepi sebuah tasik berair jernih di pinggir hutan.
Tanpa berlengah-lengah, Yayati turun dari atas kuda. Kuda tunggangannya dibawa ke gigi air untuk minum. Kemudian, bagindu juga minum air dari tasik untuk menghilangkan dahaga.
Tiba-tiba, Yayati berhenti. Baginda memasang telinga. Benarlah seperti apa yang disangkakannya. Sayup-sayup kedengaran suara seorang wanita sedang menangis teresak-esak.
“Siapakah itu?” Yayati tertanya-tanya dalam diri. “Tidak mustahil bahawa ada penunggu di tasik ini. Mungkin ia sengaja cuba menipu dan memperdaya orang dengan bunyi tangisan itu.”
Namun begitu, rasa ingin tahu yang sangat mendalam membuatkan Yayati terus meneliti sekeliling. Matanya tajam memperhati manakala telinga tajam mendengar.
Dalam sedikit masa sahaja, Yayati ternampak lubang berbentuk perigi yang diliputi dan dilindungi tumbuh-tumbuhan. Ternyata bunyi tangisan itu datang dari dalam perigi berkenaan.
Memandangkan Yayati seorang raja yang tidak mengenal erti rasa takut, baginda melangkah perlahan-lahan dan penuh berhati-hati menuju ke arah perigi berkenaan.
Baginda tidak menolak kemungkinan suara tangisan itu adalah muslihat penunggu tasik.
“Atau mungkin juga suara tangisan seorang bidadari dari kayangan!” Yayati berfikir dengan penuh gembira.
“Mungkin bidadari itu terjatuh ke dalam perigi apabila turun dari kayangan untuk mandi di tasik ini. Maka, kalau aku menolongnya, aku berpeluang mengahwini bidadari kayangan yang amat jelita!”
Sambil berfikir begitu, Yayati sudah menghampiri perigi berkenaan. Baginda cuba melihat ke dalam perigi itu tetapi keadaan terlalu gelap. Tambahan pula, tumbuhan liar menutup sebahagian besar lubang perigi.
“Wahai! Siapakah yang sedang menangis teresak-esak itu?” Yayati melaung dengan suara yang terkawal kerana tidak mahu mengejutkan orang yang berada di dalam perigi itu.
Bunyi tangisan tiba-tiba hilang. Mungkinkah bidadari kayangan tidak mahu dilihat oleh manusia? Atau penunggu tasik sedang bersiap-sedia untuk menyerang?
“Oh! Akhirnya ada juga orang berhati mulia yang datang menyelamatkan saya,” kata seorang wanita bersuara merdu yang membuatkan Yayati terasa amat gembira.
“Apakah kau bidadari dari kayangan atau penunggu tasik yang jelita?” tanya raja itu sambil melutut di sisi perigi dan mula mencabut tumbuhan yang menutup lubang perigi.
“Oh, tidak! Nama saya Devayani. Bapa saya ialah Maharishi Sukracharya iaitu penasihat kepada golongan asura yang diketuai Raja Vrishaparva.”
Apabila mendengar jawapan itu, Yayati terasa sedikit kecewa. Rupa-rupanya bukan bidadari dari kayangan yang amat istimewa untuk dijadikan isteri. Akan tetapi, baginda tertarik mendengar suara merdu wanita berkenaan.
Tanpa berlengah, Yayati menghulurkan tangan ke dalam perigi. Devayani menyambut tangan itu lalu Yayati menarik wanita berkenaan keluar dengan perlahan-lahan cermat.
Beberapa minit kemudian, Yayati terpaku melihat seorang gadis cantik yang berbogel bulat berdiri di hadapannya.
Gadis itu pula segera berlari mendapatkan pakaian yang tercampak tidak jauh dari sana semasa bergelut dengan Puteri Sarmista, beberapa jam sebelum itu.
“Apa yang sebenarnya berlaku?” Yayati bertanya sejurus kemudian sambil matanya masih terus memandang gadis berkenaan yang kini sudah mengenakan pakaian.
Devayani tidak segera menjawab. Sepanjang berada di dalam perigi buta tadi, dia sudah merancang plot untuk membalas dendam terhadap Sarmista
Source : http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2013/08/18/mahabharata-%E2%80%93-bahagian-45/

No comments:
Post a Comment