PETALING JAYA: Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok yang diketuai pengarah pengasas Pusat Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin hari ini telah mengemukakan lebih 100 pindaan dalam usaha pemurnian.Interlok edisi murid karya Sasterawan Datuk Abdullah Hussein digunakan sebagai teks komponen sastera bahasa Melayu di zon dua yang melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Pindaan tersebut adalah hasil dari tiga sesi pertemuan yang telah diadakan pada 16 Februari 2011, 28 Februari 2011 dan 4 Mac 2011.Dalam pada itu terdapat enam saranan yang dikemukakan untuk dilaksanakan berdasarkan perbincangan sebanyak tiga kali panel pindaan.Saranan pertama ialah Interlok akan terus digunakan sebagai teks Komponen Sastera di dalam Bahasa Melayu (Komsas) iaitu sekolah yang tidak mempunyai pelajar India akan terus menggunakan Interlok manakala sekolah yang mempunyai pelajar India akan dibenarkan memilih teks Komsas dari zon lain.
Panel turut menyarankan Kementerian Pelajaran membuat suntingan di dalam ketiga-tiga bab keluarga.Di dalam keluarga Seman penceritaan watak Pak Musa hingga kematiannya perlu digugurkan, penceritaan keluarga Cing Huat di Tanah Besar China dan kisah kedatangan Maniam disaran agar digugurkan.Dewan Bahasa dan Pustaka selaku penerbit edisi murid dikehendaki menyenaraikan frasa yang akan dipinda dan mendapat kebenaran Abdullah.
Di dalam saranan keempat, Kementerian Pelajaran pula disaran mengekalkan perkataan ‘Paria’ pada muka surat 211, serta menambah, mengemas kini dan melengkapkan glosari yang sedia ada bertujuan untuk memberi pemahaman kepada guru dan murid berkaitan novel Interlok.Kementerian Pelajaran juga dicadangkan supaya menyediakan Modul Panduan Guru untuk menjelaskan makna literal dan makna budaya setiap perkataan yang terdapat di dalam novel Interlok kepada guru-guru di Zon 2.
Panel turut mencadangkan semua isu-isu sensitif dipinda agar ia sesuai untuk digunakan di sekolah menengah. Cadangan keenam melibatkan perenggan kedua di halaman 211 yang mengisahkan kedatangan masyarakat India kepada yang berikut:"Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam kasta yang sama. Keadaan ini menjadikan mereka bertambah mesra walaupun dalam kapal itu tidak teratur dan agak sesak serta sempit."
.Kontroversi berkaitan Interlok tercetus pada Disember lalu apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah mendedahkan bahawa karya tersebut mengganggu sensitiviti kaum Melayu. Berikutan itu, kumpulan NGO Melayu termasuk Gabungan Penulis Nasional (Gapena) mempertahankan karya tersebut manakala kumpulan NGO India dan MIC menentang penggunaan buku tersebut.
Pertemuan empat mata di antara wakil-wakil NGO tidak membuahkan hasil. Dalam usaha meredakan pertentangan pandangan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyarankan penubuhan panel bebas untuk mengkaji pindaan ke atas Interlok.Salinan laporan panel bebas yang diperoleh FMT menunjukkan kebanyakan pindaan yang dibuat melibatkan bab cerita ‘Keluarga Maniam’. Pada masa yang sama pindaan turut disyorkan kepada bab cerita Cing Huat dan Seman.
Pindaan
Pindaan yang dikemukakan mengambilkira faktor sensitiviti kaum, kesalahan fakta dan kesalahan bahasa.
Pindaan utama melibatkan penggunaan perkataan ‘paria’. Panel menyarankan perkataan tersebut dibuang di atas dasar bahawa ia bersifat menghina kaum India, menyentuh sensitiviti kaum dan tidak mematuhi syarat pemilihan buku teks yang ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia.Di halaman 216 pula, panel menyarankan agar ayat berikut dibuang atas dasar kesalahan fakta.“Di Pulau Pinang ini, orang dari Kerala hampir sama banyak dengan orang India dari daerah lain.”
Frasa ‘... lembu ialah binatang suci bagi orang Hindu; dan kalau binatang ...’ di halaman 220 diubah kepada ‘... lembu adalah binatang suci dalam budaya India.’
Pindaan dibuat atas dasar terdapat kekeliruan di antara konsep agama dan budaya.Kesalahan bahasa yang akan dipinda adalah seperti yang terdapat di halaman 225.Frasa ‘di sebelah menyebelah lorong’ disaran dipinda kepada ‘di lorong bersebelahan’
Source : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/03/17/panel-bebas-kemuka-lebih-100-pindaan-novel-interlok/

No comments:
Post a Comment