PETALING JAYA: Datin Siti Saroja Basri, isteri Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein, menyatakan bahawa ahli panel secara konsensus bersetuju membuat pindaan terhadap novel Interlok edisi murid sepertimana mesyuarat panel pada 4 Mac lalu.“Kini terserahlah kepada Kementerian Pelajaran sama ada hendak melaksanakannya atau tidak,” kata Siti Saroja ketika dihubungi pagi ini.
Beliau yang melihat isu ini sebagai ‘satu permainan’ jelas tidak bersetuju dengan tindakan Uthaya Sankar SB yang menulis dalam blog perihal mesyuarat panel tetapi menolak cadangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Uthaya.Beliau juga masih beranggapan ahli panel yang mewakili masyarakat India – G Krishnabahawan, Profesor NS Rajendran dan Uthaya – masih tidak meninggalkan panel berdasarkan laporan media massa yang memetik kata-kata Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau turut mengulas berkenaan teori konspirasi menjatuhkan suami beliau berikutan terdapat ura-ura bahawa Abdullah akan menerima wang sebanyak RM500,000.“Soal wang tidak menjadi hal. Pak Lah ialah seorang yang berumur lebih 90 tahun… Satu sen pun tak dapat.”
“Jangan buang masa anda”
Kepada mereka yang mencetuskan konspirasi, Siti Saroja memberikan pesanan berikut:“Jangan buang masa anda. Buatlah sesuatu yang berguna demi agama, bangsa dan negara.”Sementara itu, Lim Swee Tin ketika dihubungi beberapa hari yang lalu enggan mengulas atas alasan pandangannya telahpun diutarakan dalam mesyarat panel.“Uthaya pun telah menulis perkara ini dalam blognya.”
Beliau juga menolak cadangan untuk membuat laporan polis mahu pun mengambil tindakan undang terhadap Uthaya.Sementara itu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Termuzi Abdul Aziz gagal dihubungi untuk mendapatkan komen beliau sejak pagi tadi.FMT menghubungi ketiga-tiga ahli panel untuk mendapatkan reaksi mereka terhadap tindakan tiga ahli panel masyarakat India yang telah menarik diri daripada menganggotai Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok edisi murid pada 16 Mac lalu.
Kesemua personaliti yang tersebut merupakan ahli Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok yang menghadiri mesyuarat terakhir panel bersama Muhyiddin.Panel ini dibentuk pada bulan Januari oleh Muhyiddin setelah pertubuhan bukan kerajaan Melayu dan India tidak bersetuju dengan penggunaan novel Interlok untuk pelajar Tingkatan 5.
Source : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/03/21/novel-interlok-panel-bersetuju-membuat-pindaan/

No comments:
Post a Comment