Thursday, October 07, 2010

Kuil diroboh, penduduk kecewa dengan DAP

SERI KEMBANGAN: Penganut Hindu sekitar Taman Bukit Serdang berasa marah dan kecewa dengan DAP kerana gagal bertindak sebelum Pejabat Tanah Daerah Petaling memusnahkan sebuah kuil. Pada pukul 9.00 pagi hari ini, dengan arahan daripada pengarah pejabat tanah daerah Petaling, sekumpulan penguatkuasa dan polis terdiri daripada lebih 60 orang memusnahkan Kuil Sri Maha Perchai Vada Bathra Kaliamman Alayam di Seksyen 5, Taman Bukit Serdang.Ketika dihubungi, pengerusi jawatankuasa sementara kuil, B Gopalan merakamkan perasaan kecewa.Beliau mengakui walaupun insiden ini berlaku bukan atas arahan DAP tetapi pada masa yang kelewatan DAP bertindak dalam isu ini adalah antara satu punca utama kuil ini di roboh.

"Saya sangat kecewa dengan DAP yang lewat bertindak dalam isu ini. Sejak enam bulan yang lalu persatuan kuil mendesak DAP untuk memberi tapak yang sesuai untuk pembinaan kuil yang baru tetapi mereka enggan," katanya.Tambahnya lagi, "DAP perlu menanggung keseluruhan kejadian dan jangan memberi alasan".Gopalan mengulas bahawa kuil ini dibina oleh Pemuda India Bukit Serdang,di Seksyen 6 sejak 10 tahun yang lalu. Ia dipindah ke tapak sementara atas arahan DAP kerana tapak sebelumnya dijual kepada syarikat pembangunan.

Beliau menambah: "Kerana tapak sementara, kami dicadangankan membina kuil dalam keadaan serba sederhana. Kami telah pun menyediakan duit yang mencukupi untuk membina kuil yang lebih besar selepas mendapat tapak yang baru."Katanya, "Secara keseluruhan kuil ini dijaga oleh pemuda-pemuda sekitar Serdang. Motif kami adalah bukan sahaja membuat aktiviti agama malah aktiviti sosial juga seperti kelas tuisyen percuma, perpustakaan mini, ceramah agama dan lain-lain."Gopalan yang berkerja sebagai pemandu lori, menolak cadangan DAP untuk membina kuil bersebelahan kuil lain kerana ia tidak masuk akal.

"Tempat yang dicadangkan adalah sekitar 1km-2 km jauhnya dari Taman Bukit Serdang, yang jauh bagi kita. Ini akan menyebabkan ketidakselesaan besar untuk umat Hindu di Taman Bukit Serdang, terutama mereka yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri,” katanya lagi.Beliau mengakui telahpun membuat satu laporan polis berhubung kes ini dan akan mengambil tindakan selanjutnya.Malam ini, jawatankuasa kuil akan mengadakan satu perjumpaan tergempar dengan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching.

Source : http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/news/general/11239-kuil-diroboh-penduduk-kecewa-dengan-dap

No comments: