FEATURE “Memanglah ayah kamu iaitu Maharishi Brihaspati seorang pendeta yang hebat. Atas sebab itulah juga beliau menjadi penasihat kami,” kata ketua golongan vasu kepada Kacha.
“Jadi, apa perlunya saya pergi untuk berguru dengan Maharishi Sukracharya?” tanya pemuda itu lagi. Para vasu (dewa) ketawa. Kemudian, ketua mereka menceritakan rancangan sebenar kepada Kancha.
Pemuda itu perlu berpura-pura berguru dengan Sukracharya. Walau bagaimanapun, misi sebenar adalah untuk mengetahui mantera rahsia yang dimiliki oleh maharishi berkenaan.
“Apabila kita sudah tahu mantera Sanjivini, golongan vasu yang terkorban dalam perang saudara dengan golongan asura dapat dihidupkan semula,” kata ketua dewa. Dipendekkan cerita, Kacha akur pada permintaan golongan vasu.
Brihaspati juga mengizinkan anaknya pergi bagi menjayakan misi yang diamanahkan. Apabila tiba di Vrishaparva, Kacha pergi ke ashram (asrama) milik Sukracharya. Dia meluahkan hasrat mahu berguru dengan pendeta itu.
“Ayah kamu sendiri seorang maharishi yang unggul. Saya tidak tahu mengapa kamu mahu berguru dengan saya,” kata Sukracharya dengan ikhlas. “Saya sangat menghormati Brihaspati dan tidak sanggup menolak permintaan anaknya untuk berguru dengan saya.”
Maka bermulakan detik perguruan Kacha dengan Sukracharya iaitu penasihat kepada golongan asura, musuh golongan vasu. Pemuda itu belajar dengan rajin dan penuh minat. Walaupun misi utama adalah untuk mengetahui rahsia mantera Sanjivini, Kacha tidak melepaskan peluang untuk menimba ilmu tambahan.
Selain daripada itu, Kacha juga tertarik kepada Devayani, anak gadis Sukracharya. Usia mereka hampir sebaya. Kacha agak kacak dan bertubuh sasa pula. Sementara itu, Devayani seorang gadis yang jelita dan penuh budi pekerti.
Dalam masa yang singkat sahaja cinta mula berputik antara Kacha dan Devayani. Mereka berdua sering bertemu tanpa pengetahuan Sukracharya. Masing-masing meluahkan rasa cinta dan kasih yang tidak berbelah-bagi. Hubungan cinta pasangan itu akhirnya berjaya dihidu golongan asura.
“Sejak awal lagi saya memang sudah dapat mengagak bahawa pemuda itu memang ada niat tidak baik,” kata seorang asura. “Memang benar. Akan tetapi, apabila Sukracharya sendiri menerima pemuda itu sebagai anak murid, kita tidak ada hak untuk menghalang,” ketua asura mengakui.
“Memang sudah terbukti bahawa Kacha datang ke Vrishaparva dengan niat untuk merosakkan hati Devayani menerusi permainan cinta.”
“Pemuda itu juga tentu datang dengan tujuan mahu mengetahui rahsia mantera Sanjivini. Kita tidak boleh membiarkannya!” Akhirnya golongan asura memutuskan untuk membunuh Kacha.
“Hanya dengan cara itu kita dapat menyelamatkan mantera Sanjivini dan juga Devayani,” ketua asura memutuskan. Mereka juga memutuskan untuk merahsiakan rancangan itu daripada pengetahuan Sukracharya.
“Kalau Sukracharya tahu bahawa pemuda itu datang untuk mengetahui rahsia mantera Sanjivini, tentu maharishi itu kecewa. Malah tentu dia lebih kecewa jika mendapat tahu bahawa Kacha sedang bercinta dengan Devayani.”
Salah satu tugas yang diberikan oleh Sukracharya kepada Kacha adalah untuk membawa lembu-lembu miliknya ke padang ragut. Pada suatu hari, semasa Kacha sedang mengembala lembu, golongan asura menyerang, menerkam dan menangkapnya.
Pemuda itu tidak tahu seni mempertahankan diri. Maka mudahlah dia ditangkap oleh gerombolan asura.
Tanpa berfikir panjang – dan tanpa belas kasihan – Kacha dibunuh dengan kejam! Memang itulah keputusan yang dibuat oleh golongan asura bagi memastikan pemuda itu tidak mengetahui rahsia mantera Sanjivini serta tidak terus menggoda Devayani dengan cinta berahi.
Selepas dibunuh, mayat Kacha dikerat-kerat menjadi ketulan kecil. Kemudian, ketulan tulang dan daging itu dicampakkan kepada segerombolan anjing jalanan.
Anjing-anjing yang kelaparan itu pun segera makan dengan lahap. “Biar mampus Kacha! Biar mampus golongan vasu yang menghantar perisik untuk mengetahui rahsia mantera Sanjivini,” kata ketua golongan asura sambil ketawa besar -
Source :http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2013/07/14/mahabharata-%e2%80%93-bahagian-40/

No comments:
Post a Comment