Wednesday, February 06, 2013

Mahabharata – Bahagian 17


Raja Santanu membawa puteranya, Devavrata, pulang ke istana di Hastinapura dengan penuh gembira. Para penghuni istana pasti sahaja menerima kehadiran kanak-kanak itu dengan gembira tanpa sebarang pertanyaan.

Apabila tiba masa yang sesuai, Devavrata ditabalkan sebagai yuvaraja iaitu raja muda. Memandangkan putera itu adalah waris tunggal Santanu yang masih hidup, tiada apa-apa masalah dalam melaksanakan upacara pertabalan itu. Mengikut perancangan, suatu hari nanti, Devavrata akan menjadi pemerintah kerajaan keturunan Kuru menggantikan Santanu.

Masa terus berlalu dan Devavrata sudah meningkat remaja. Dia sibuk dengan urusan ketenteraan yang memang menjadi minatnya sejak kecil. Benarlah seperti apa yang telah dinyatakan oleh ibunya, Dewi Gangga bahawa putera ini pakar bidang veda dan vedanta, bahasa, seni, sastera serta sains yang dinamakan sukra.

Pada suatu hari, Santanu sedang bersiar-siar tidak jauh dari Sungai Yamuna. Tiba-tiba baginda terhidu bau yang sangat harum. Raja itu segera mengarahkan pemandu kereta kuda berhenti, lalu baginda meluru ke tebing sungai mengikut arah datangnya bau yang sungguh harum itu.

Apabila tiba di tebing Sungai Yamuna, Santanu terpandang seorang wanita cantik yang benar-benar menggoda jiwa. Segala perasaan cinta dan berahi yang terpendam sejak ditinggalkan Dewi Gangga, mula muncul kembali dalam diri raja itu.

Agak lama juga Santanu berdiri di tebing sungai seperti kena pukau sambil melihat wanita cantik itu mandi dengan gembira. Tentulah dia tidak menyedari bahawa ada orang yang sedang menontonnya dari jauh secara percuma.

Hanya apabila selesai mandi dan menukar pakaian lalu naik ke tebing sungai, barulah wanita itu menyedari kehadiran seorang lelaki di situ. Dia segera menggelabah dan hampir mahu menjerit meminta tolong.

“Janganlah risau, wahai juita. Beta Raja Santanu, pemerintah keturunan Kuru. Maafkan beta kerana beta terpaku melihat kejelitaan kau semasa kau sedang mandi tadi. Beta begitu ingin memperisterikan kau. Adakah kau sudi?” Santanu bertanya tanpa berselindung.

Wanita itu pula segera tersipu-sipu menahan malu. Dia pernah mendengar kisah mengenai Santanu yang menjadi bapa kepada lapan putera di mana tujuh daripadanya dilaporkan meninggal dunia secara penuh misteri dalam masa beberapa hari sahaja selepas dilahirkan. Putera bongsu pula muncul kembali selepas hilang bertahun-tahun lamanya.

“Saya ada mendengar bahawa tuanku hidup sendirian bersama-sama seorang putera sejak ditinggalkan isteri,” kata wanita itu sambil tertunduk malu dan pipinya memerah. “Apakah pekerjaan tuanku sekarang adalah menghendap gadis-gadis yang mandi di sungai?”

Santanu ketawa kecil. Daripada cara wanita itu bercakap, baginda tahu bahawa dia tidak marah. Malah, lirik matanya menceritakan bahawa wanita itu – gadis itu – gembira apabila mendapat perhatian daripada seorang raja yang berkuasa.

“Beta pada mulanya ditarik ke mari oleh bau harum yang rupa-rupanya tersebar dari rambut kau yang menggerbang. Kemudian, selepas melihat tubuh kau yang menggoda, beta terus tertawan.

Apatah lagi apabila beta berpeluang melihat wajah kau yang jelita,” kata Santanu dengan suara romantik sambil jari-jemari tangan kanan memegang dagu gadis itu dan mengangkatnya perlahan-lahan.

“Apakah benar hajat tuanku mahu memperisterikan saya?” tanya gadis itu seraya kembali menundukkan kepala.

“Benar. Sudah sekian lama beta hidup menyendiri tanpa memikirkan soal kepuasan hidup suami-isteri. Segala kemahuan dan keinginan itu muncul tiba-tiba pada saat beta terpandang kau sebentar tadi,” Santanu yang mabuk dilamun cinta berahi mengakui tanpa segan-silu.

“Tapi saya hanyalah anak nelayan sedangkan tuanku seorang pemerintah di Hastinapura.”

“Semua itu tidak menjadi persoalan dalam urusan cinta. Beta berhak membuat apa sahaja pilihan dan rakyat jelata serta seluruh isi istana tidak akan dan tidak berhak mempersoalkan apa-apa keputusan beta,” raja itu menegaskan.

“Itu di pihak tuanku. Tapi di pihak saya pula, ada syarat-syarat tertentu,” kata gadis itu sambil mencuri pandang ke arah Santanu.


Source : http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2013/01/27/mahabharata-%e2%80%93-bahagian-17/

Mahabharata – Bahagian 16


Raja Santanu terkejut apabila diberitahu bahawa kanak-kanak itu adalah puteranya. Segera baginda teringat bagaimana Dewi Gangga membawa bayi yang baru berusia sehari masuk ke dalam Sungai Ganges dahulu.

“Anak beta?” Demikian baginda bertanya dalam keadaan terkedu.

“Benar, tuanku. Dialah Prabhasa, ketua vasu (dewa) yang disumpah oleh Maharishyi Vasishta supaya lahir ke bumi sebagai manusia. Dia memilih saya sebagai ibunya seperti yang saya ceritakan dahulu,” Dewi Gangga menjelaskan.

Kanak-kanak itu memandang ke arah Santanu. Setelah terpaku seketika, raja keturunan Kuru segera meluru ke dalam Sungai Gangga dan memeluk puteranya buat kali pertama.

“Wahai puteraku!” Tanpa disedari, air mata bercucuran. Masakan tidak. Selepas kehilangan tujuh orang putera sebaik lahir, putera kelapan pula dibawa pergi masuk ke dalam sungai oleh Dewi Gangga yang muncul sebagai Gangga, seorang wanita misteri.

“Ayah tidak pernah menyangka kita akan bertemu semula,” Santanu berterus-terang sambil memeluk anak itu dengan erat dan mencium kedua-dua pipinya.

Dewi Gangga kelihatan tersenyum kecil sambil masih terapung-apung pada permukaan Sungai Ganges. Mungkin juga dewi itu terasa gembira dan lega kerana tugas serta tanggungjawab yang dipikulnya sejak sekitar lima belas tahun lalu – sejak mengahwini Santanu – akan berakhir.

Bolehlah dewi itu kembali menumpukan pada tugas-tugas hakikinya selepas ini.

“Namanya Devavrata. Tuanku boleh mengekalkan nama itu atau menukarnya jika mahu. Sejak kecil, Devavrata sudah belajar veda dan vedanta daripada Maharishyi Vasishta,” Dewi Gangga memaklumkan dengan bangga.

“Daripada Maharishyi Vasishta? Bukankah dia yang menyumpah Prabhasa dan tujuh lagi vasu supaya lahir ke bumi sebagai manusia?” Hussain segera bertanya kepada datuk yang sedang bercerita.

“Ya, saya juga terfikir akan perkara sama. Agak ironis, bukan? Maharishyi Vasistha yang menyumpah mereka atas tindakan cuba mencuri lembu betina miliknya. Kemudian dia juga yang menjadi guru kepada manusia itu,” kata kembarnya, Hassan pula.

Datuk seperti sudah dapat menjangkakan soalan seperti itu daripada kedua-dua remaja berkenaan. Beliau ternyata gembira kerana pertanyaan itu membuktikan bahawa cucu kembarnya tidak sekadar mendengar cerita, tetapi berfikir secara aktif dan kritikal. Itulah yang datuk mahukan; bukan seperti sistem pendidikan negara yang hanya mahu pelajar menghafaz tanpa berfikir.

“Benar. Maharishyi yang samalah kini menjadi guru kepada Devavrata. Mungkin juga sebagai usaha menebus rasa bersalah kerana pernah menyumpah lapan vasu lahir sebagai manusia,” datuk memberikan pandangan sebelum meneruskan cerita.

Selain daripada pengajian agama menerusi veda dan vedanta, putera berkenaan juga sudah mendalami ilmu bahasa, seni, sastera, dan sains yang dinamakan sukra. Ringkasnya, Devavrata sudah bersedia untuk diktiraf sebagai seorang putera yang berilmu, bermoral dan beretika. Tidak seperti sebahagian putera yang minum arak dan mengamalkan kegiatan sosial bertentangan ajaran agama serta kedudukan sebagai anak raja yang dipandang tinggi oleh rakyat.

“Devavrata sudah menguasai serta lulus cemerlang dalam bidang ilmu memanah. Dia juga seorang wira yang tiada tolok bandingan dalam kalangan dewa dan manusia. Tidak sekadar itu, tuanku. Putera ini juga kini pakar pentadbiran. Bawalah dia pulang ke Hastinapura dan tuanku akan melihat sendiri kehebatan anak kita,” kata Dewi Gangga.

“Dipendekkan cerita, Raja Santanu membawa Devavrata pulang ke istana,” datuk merumuskan tanpa mahu menceritakan secara terperinci kisah perpisahan Devavrata dan Dewi Gangga.

“Tapi siapakah Devavrata dalam epik Mahabharata, datuk?” Hassan bertanya. “Kalau tak silap saya, nama itu tidak muncul lagi dalam kisah Jaya yang ditulis oleh Vyasa, Bharata oleh Vaisampayana mahu pun Mahabharata oleh Suta.”

“Benar, datuk. Walaupun kami tahu kisah Mahabharata, tiba-tiba kami keliru. Adakah watak Devavrata juga akan mati seperti yang berlaku kepada tujuh putera yang lahir sebelumnya di istana Hastinapura?” Hussain turut melahirkan apa yang muncul dalam fikiran.

Datuk hanya tersenyum seraya memandang cucu-cucunya silih berganti. Kemudian memandang epik Razmnameh versi Bahasa Parsi yang menjadi rujukan.


Source : http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2013/01/20/mahabharata-%e2%80%93-bahagian-16/

Mahabharata – Bahagian 15


“Biarlah saya yang membesarkan bayi ini kerana sayalah ibunya. Hanya seorang ibu yang tahu makna kasih sayang. Bagaimanapun, saya tidak sanggup hidup bersama-sama tuanku. Tuanku sudah melanggar perjanjian kita dan saya akan pergi membawa diri.”

Demikian kata Gangga kepada Raja Santanu sebelum menghilang dalam Sungai Ganges bersama-sama putera yang baru berusia beberapa hari.

Santanu terpaku seketika melihat apa yang berlaku di depan mata. Baginda sedar bahawa wanita yang menjadi isterinya selama sekitar lapan tahun yang lalu adalah Dewi Gangga yang menjelma sebagai manusia semata-mata untuk memenuhi permintaan lapan vasu (“dewa”) yang disumpah oleh Maharishyi Vasishta.

Walaupun sudah kehilangan tujuh putera sebelum ini, perpisahan dengan anak kelapan membuatkan Santanu amat sedih. Apatah lagi baginda sudah ditinggalkan isteri tercinta yang sedap dipandang mata.

Maka, raja keturunan Kuru itu memutuskan untuk memasuki alam “brahmachari” iaitu hidup membujang; atau lebih tepat lagi, hidup menduda tanpa memikirkan soal berkahwin dan menikmati keseronokan hidup berkeluarga.

Sepenuh tumpuan Santanu diberikan pada urusan mentadbir kerajaan di Hastinapura. Rakyat jelata dan seluruh isi istana yang sejak lapan tahun lalu menutup sebelah mata terhadap tindakan aneh Permaisuri Gangga membunuh tujuh putera, terus memilih untuk melakukan perkara sama.

Mereka tidak mempersoalkan apa yang sudah berlaku kepada Gangga dan putera kelapan yang hilang begitu sahaja pada suatu hari. Tentulah mereka tidak berani mengungkitkan sebarang pertanyaan yang mungkin dianggap sensitif dan mengungkitkan perasaan marah sang pemerintah.

Sama ada Gangga ditinggalkan di dalam hutan atau dicampak ke dalam sungai atau dilarikan orang, semua itu tidak menjadi persoalan. Nasib kelapan-lapan putera yang lesap tanpa berita bagaikan dibawa lari oleh orang bunian juga tidak diperkatakan oleh sesiapa.

Beberapa tahun kemudian, pada suatu petang, Santanu sedang bersiar-siar di tebing Sungai Ganges. Jiwanya sayu terkenang akan tujuh putera yang mati lemas sebelum sempat diberikan nama.

Namun, raja itu sedar bahawa ketujuh-tujuh mereka adalah golongan vasu yang meminta kepada Dewi Gangga supaya hidup mereka ditamatkan dengan segera sebaik sahaja dilahirkan ke bumi sebagai manusia.

Pada saat Santanu terkenang akan putera kelapan yang dibawa pergi oleh Gangga, baginda ternampak seorang kanak-kanak sedang bermain di sungai. Dia kelihatan menggunakan busur untuk memanah ke arah ombak-ombak kecil pada permukaan Sungai Ganges.

“Wahai, anak kecil!” Santanu melaung dengan sedikit perasaan risau melihat kanak-kanak itu yang bermain di sungai tanpa pengawasan orang dewasa. “Apa yang sedang kau lakukan?”

Kanak-kanak itu memandang ke arah Santanu tanpa menyedari bahawa lelaki yang bertanya itu adalah seorang raja yang sangat berkuasa.

“Saya sedang bermain bersama-sama ibu saya,” jawab kanak-kanak itu sebelum kembali meletakkan anak panah pada tali busur dan bersedia untuk memanah ke tengah sungai.

“Kanak-kanak itu sedang bermain dengan ibunya?” Hassan bertanya sementara datuk sedang melakonkan aksi memegang busur dan bersedia untuk memanah.

“Oh, saya tahu! Kanak-kanak itu adalah bayi yang dibawa pergi oleh Dewi Gangga dahulu. Betul tak, datuk?” Hussain pula menambah.

Datuk berpura-pura menyelak halaman epik Razmnameh versi Bahasa Parsi yang ada di atas ribanya. Mungkin semata-mata untuk memanjangkan sedikit unsur ketegangan dan suspens yang wujud semasa beliau bercerita kepada pasangan cucu kembarnya.

“Ya, benar!” kata datuk sejurus kemudian bagaikan turut terkejut apabila menyedari perkembangan plot kisah itu. “Prabhasa adalah ketua golongan vasu yang disumpah oleh Maharishyi Vasishta dahulu.”

Sewaktu Santanu sedang terpaku melihat kanak-kanak berkenaan, permukaan Sungai Ganges tiba-tiba berkocak. Lalu muncullah Dewi Gangga yang masih kelihatan jelita dan menawan seperti dahulu.

“Seperti yang telah saya janjikan, kini sudah tiba masanya untuk saya menyerahkan kanak-kanak ini kepada tuanku,” katanya dengan tenang sambil terapung-apung pada permukaan sungai. –


Source : http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2013/01/13/mahabharata-%e2%80%93-bahagian-15/

Tuesday, February 05, 2013

‘Vishwaroopam’ to screen with 16 ‘cuts’


KUALA LUMPUR: Controversial Tamil movie “Vishwaroopam”, directed and produced by famous Indian actor Kamal Hassan, is poised for release in Malaysia soon.

The decision to air the movie was made after a meeting between distributors Lotus Five Star Sdn Bhd, representatives from a coalition of 60 Indian-Muslim NGOs and MIC officials today.

The meeting agreed to mute 16 scenes in the three-hour movie. Prior to the ban, the movie had nine scenes muted.

The ban came about after some Indian Muslims staged a protest against “Vishwaroopam” for having scenes offensive to Muslims.

Speaking on behalf of Lotus Five Star, former MIC vice-president S Veerasingam said the distributor hoped that the Home Ministry would revoke the ban imposed on the movie.

“Initially Lotus had muted nine scenes. Now it will mute another seven scenes. In total, 16 scenes will be muted. It will be similar to what is shown in Tamil Nadu, India,” Veerasingam told a press conference here.

Happy birthday Facebook!


HARVARD: Social networking website Facebook turns nine-year-old today. Facebook was started on February 4, 2004 in a dorm of Harvard University by Mark Zuckerburg with the help of his four friends Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin, Andrew McCollum and Chris Hughes.

The world’s biggest social media site called thefacebook.com in its initial days, and was later renamed to just Facebook. Facebook, which began as Zuckerberg’s hobby projects, was initially a college network. Facebook’s expansion to other colleges and universities started in March 2004.

Within months, the social network became a huge success. In October 2007, software giant Microsoft bought a 1.6 percent stake in Facebook for US$240 million. Search gaint Google too is said to have offered partnership deal to Facebook. The deal was, however, rejected by Facebook.

The latter went public in May 2012 and was valued at over US$100 billion after IPO. Recently, Facebook co-founder and CEO Zuckerburg announced a new feature called Graph Search, a tool that utilises social data to help compile results for users. The company also rolled out features like Facebook Cards and voice calling on iPhone in North America to attract users.

Users are steadily becoming more active on the mobile edition of the website than the desktop version. Despite tremendous growth, Facebook has been mired in controversies over privacy concerns, underage members, hacking attacks etc. Zuckerburg has been dragged into lawsuits over stealing the idea for Facebook from his seniors at Harvard – Cameron Winklewoss, Tyler Winklewoss and Divya Narendra.

Co-founder Eduardo Saverin also filed a lawsuit against Zuckerburg for pushing him out of the company. Both the cases were settled out of court.In terms of user count, US, Brazil, India, Indonesia and Mexico are the countries with maximum members on Facebook. It enjoys a huge lead over rival social networks like Google+, Twitter and LinkedIn. It topped 1 billion users on September 14 2012 at 12.45 pm, while it crossed the 500 million-member mark in July 2010.

Since February 2009, Facebook has witnessed 1.13 trillion users’ likes, 219 billion photos being uploaded and 17 billion location-tagged pictures.

A 2011 movie called The Social Network chronicled the events that led to the inception of Facebook as well as the involvement of tech titans like Sean Parker (co-founder of Napster) and Peter Thiel (co-founder of PayPal) with Facebook. The movie was nominated for eight Oscars and won three.


Source - Agencies

Monday, February 04, 2013

Kamal fans want Vishwaroopam ban lifted



GEORGE TOWN: A small group of Kamal Haasan fans held a peaceful demonstration here today calling on the Barisan Nasional government to lift the ban on the Indian movie Vishwaroopam.
Calling themselves the Penang Kamal Haasan Fans Club, they held a 20-minute protest outside the Veenai Odeon cinema hall .

The club president S Mahendran said the ban was against freedom of artistic expression.

He pointed out the Home Ministry was inconsistent in protecting religious sensitivities of various communities in the country as it did not ban Love Guru, which hurt Hindu sentiments, and The Da Vinci Code, which allegedly questioned the fundamental myth of Christianity.

It was banned in Indian state of Tamil Nadu, Malaysia, Sri Lanka and Singapore after first day screening on Jan 24 on grounds of “Muslim religious sensitivities.”Singapore however, has since lifted its ban.

Mahendran alleged that Kamal Haasan had been victim of a political conspiracy for allegedly not selling the television rights for Vishwaroopam to a television station linked to a powerful politician in Tamil Nadu.

He said the ministry ban based on petitions submitted by two Muslim groups was unacceptable after the censorship had approved its screening.

“Will the minister ban Umno if we submit a memorandum alleging that the party was racist?” he said.

Mahendran said those were fortunate to watch the movie on the first day it was shown have insisted that the movie illustrated the reality of international terrorism and its operations.
PKR state vice-chairman and Batu Uban assemblyman S Raveentharan, who took part in the protest, said it was illogical for the Home Ministry to ban the movie when it has been publicly available via internet and pirated disc.

Moreover, he pointed many Tamil movie fans from Malaysia were crossing the Johor Causeway to watch the movie in Singapore.



Source : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/02/02/kamal-fans-want-vishwaroopam-ban-lifted/

Saturday, February 02, 2013

No end to Kamal Hassan’s woes


Actor-director Kamal Hassan’s travails do not seem to end. His Rs 93-crore multi-lingual film, Vishwaroopam, has not been allowed to screen in his own home State of Tamil Nadu.

In a press conference on Wednesday, the star – who has a fan following as impressive as that of Tamil Nadu’s other legend, Rajnikanth – literally broke down. He said he was on the verge of bankruptcy, and like artist MF Hussain would be forced to leave the country.

(Hussain died in London, after being hounded out of India by radical elements, and in one of his last messages, he had expressed his desire to step on the soil of Mumbai, the city he adored.)

A brief recap about Vishwaroopam. Over the past few weeks, Kamal Hassan had found himself impeded by one obstacle after another, each seemingly more invincible than the other.

When some Muslim groups protested over what they felt was unfair to their religion in Kamal Hassan’s work, the state government under the leadership of the AIADMK Chief Minister, Jayalalithaa, banned the movie for 15 days.

What followed appeared like a judicial see-saw game. The ban was lifted and restored. As quickly as it was lifted! In fact, in those brief hours that the ban was not in force, Vishwaroopam was screened in some Tamil Nadu cities, but the shows were disrupted by “hooligans”.Kamal Hassan’s horrible plight indicates a couple of very disturbing trends.
One, the film had been certified for public screening by the Central Board of Film Certification. In a judgment some time ago, India’s apex legal institution, Supreme Court, had declared that no movie which had been cleared by the Board could be banned.