PETALING JAYA: Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata, panel pakar yang dilantik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan perbincangan berpandukan terma rujukan yang ditetapkan oleh kementerian dan bersetuju untuk membuat pindaan.
Beliau berkata: “Kami tidak menetapkan berapa banyak pindaan, pembetulan fakta dan penyuntingan yang akan dilakukan kerana kami tidak mahu mana-mana kesilapan atau bahagian yang menyentuh sensitiviti kaum tercicir jika kerja-kerja pindaan dilakukan secara tergesa-gesa.“Bagi tujuan itu, panel akan bermesyuarat semula dalam masa dua atau tiga minggu lagi untuk mengadakan perbincangan lebih teliti dan mendalami kerja-kerja penjernihan itu,” katanya.
Selain itu, panel juga sebulat suara bersetuju untuk tidak menyalahkan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.“Pengarang adalah seorang tokoh yang sangat penting dan dihormati serta integritinya perlu dipertahankan kerana apa yang menjadi isuadalah kandungan dalam novel edisi murid, bukan edisi asal,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat panel bebas itu di
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Putrajaya semalam.
Panel terdiri daripada Datin Siti Saroja Basri iaitu isteri kepada pengarang; Setiausaha Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Datuk Zainal Abidin Borhan; Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abd Aziz; Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Lim Swee Tin; Pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Profesor N S Rajendran; bekas pegawai Kementerian Pelajaran, G Krishnabagwan; dan Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), Uthaya Sankar SB.
Shamsul berkata, berdasarkan kejayaan mesyuarat pertama ini, beliau yakin panel boleh menyempurnakan sepenuhnya tugas yang diamanahkan dalam masa tidak lebih sebulan.Panel ini telah diwujudkan berikutan penentangan terhadap penggunaan buku tersebut daripada masyarakat India.Kontroversi buku Interlok timbul pada hujung tahun lalu apabila umum dimaklumkan bahawa terdapat perkataan tertentu yang menghina masyarakat India.
Kumpulan bukan kerajaan India bersama MIC telah melahirkan penentangan mereka terhadap penggunaan buku tersebut. Gapena dan kumpulan NGO Melayu lain pula mempertahankan penggunaan Interlok.Ekoran itu, sesi dialog yang melibatkan NGO India dan Melayu pada 18 Januari telah menemui jalan buntu.Justeru itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan akhirnya memutuskan untuk membuat pindaan sewajarnya pada 27 Januari berdasarkan syor panel bebas setelah buku tersebut diperhalusi.
Source : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/02/17/interlok-edisi-murid-akan-dipinda/

No comments:
Post a Comment