Monday, October 29, 2012

Mahabharata – Bahagian 4


Hussain dan Hassan masih terpegun mendengar kisah yang disampaikan oleh datuk mereka. Nampaknya kisah di sebalik penghasilan epik Jaya – yang menjadi asas kepada epik Mahabharata – juga amat menarik dan wajar diketahui.

“Saya memerlukan khidmat tukang tulis terhebat untuk berkolobrasi dengan saya bagi menjayakan projek mega ini,” kata Vyasa dengan penuh hormat kepada Brahma yang menjelma di hadapannya.

Selepas berfikir sebentar, Brahma memutuskan bahawa Ganapathi adalah pilihan terbaik untuk memikul tugas penting dan berat ini. Tambahan pula, dewa berkepala gajah itu masih bujang dan tentu tidak menghadapi masalah untuk meluangkan masa yang lama bersama-sama Vyasa. Tidak akan ada isteri atau kekasih yang cemburu buta.

Teks yang dicadangkan oleh Vyasa pastilah sebuah epik yang panjang dan memerlukan masa yang lama untuk dikarang atau dirakam dalam bentuk tulisan. Brahma, Vishnu dan Shiva serta pasangan masing-masing sibuk dengan tugas hakiki dan sukar memberikan komitmen tinggi yang diperlukan bagi menjayakan projek mega menghasilkan teks berdasarkan penceritaan lisan oleh Vyasa.

Traders rally at PM's door as gloomy Deepavali looms


Thursday, October 25, 2012

Launch nationwide protest, Indians urged


PETALING JAYA: MIC president G Palanivel has called on Indians to launch a nationwide protest against the proposed condominium project slated to be built near Batu Caves temple.

In a statement today, Palanivel also urged non-governmental organisations, irrespective of their political leanings, to voice objections against the 29-storey condominium project.

“The Selangor state government should stop this project. A mere stop-work order to conduct soil tests at the vicinity is not enough,” he said.

On Monday, the Sri Subramaniar Swamy temple chairman R Nadarajah raised objections against the proposed condominium project by Dolotime Industries, slated on a land beside the temple.

The project was approved by the Selayang Municipal Council (MPS).

Selangor state executive councillor for local government, Ronnie Liu, later issued a temporary stop- work order to conduct soil tests on the land to ensure the construction would not damage temple statues.

The temple committee plans to hold a protest tomorrow to pressure the Pakatan Rakyat-led state government and the developer to stop the project.

nPalanivel, who is also a Minister in the Prime Minister’s Department, said that the state government should look for an alternative land for the condominium project, claiming the soil near the caves was not suitable.

“The hills in Batu Caves are made of limestones. The area tends to become soggy whenever there is a downpour. Development work there may cause the caves and the condominium to collapse in years to come,” said Palanivel.

He added that the soil test is not going to prove anything in the long run.

Palanivel also urged the state government to compensate Dolomite for its losses.

“Hulu Kelang is a water catchment area. It should be left on untouched,” he said.

The condominium project was approved on Sept 27, 2007 when the state was under Barisan Nasional’s administration.

The temple committee had taken fullpage advertisements in major Tamil dailies today to urge people to participate in the rally at temple compound tomorrow.



Source : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/10/25/launch-nationwide-protest-indians-urged/

Monday, October 22, 2012

Ambiga, a people's hero but no politician


Mahabharata – Bahagian 3


Pasangan kembar Hussain dan Hassan tekun mendengar kisah yang disampaikan oleh datuk mereka mengenai Vyasa iaitu individu yang dikreditkan sebagai pengarang epik Mahabharata yang terkenal di serata dunia.

“Vyasa ialah anak kepada Maharishyi Parasara. Kamu berdua sudah sedia tahu mengenai epik Jaya yang dihasilkan oleh Vyasa dan kemudian digabungkan dengan epik Bharata untuk menghasilkan Mahabharata,” kata datuk sambil memegang erat teks Razmnameh yang merupakan terjemahan epik berkenaan ke Bahasa Parsi.

Menurut lelaki tua itu, selepas Vyasa menggubah sepenuhnya epik kisah perang tersebut secara lisan dalam minda, dia memutuskan untuk merakamkannya dalam bentuk tulisan sebagai bahan dokumentasi bagi generasi akan datang.

Pujangga dan pemikir itu dilaporkan mengadakan meditasi dengan penuh khusyuk; memohon petunjuk daripada Dewata bagi merealisasikan impiannya menghasilkan teks Jaya – versi asal Mahabharata – dalam bentuk bertulis. Langkah proaktif ini juga bagi memastikan gubahan yang dipenuhi pelbagai unsur budaya, dharma, moral, etika dan sebagainya tidak hilang begitu sahaja selepas ketiadaannya suatu hari nanti.

“Penduduk beragama Hindu di Benua Kecil India percaya bahawa Brahma muncul di hadapan Vyasa berikutan meditasi yang dilakukannya. Lalu, Brahma iaitu dewa pencipta bertanya kepada maharishyi itu, apa yang dimahukannya.”

Hassan dan Hussain terus khusyuk mendengar cerita daripada datuk. Sambil mendengar, mereka membiarkan daya imaginasi melayang ke masa silam. Seolah-olah kisah itu sedang berlaku di depan mata.

“Saya menyimpan suatu kisah yang sangat menarik dan amat penting untuk dijadikan panduan bagi generasi akan datang. Saya bimbang bahawa kisah berbentuk semi-autobiografi dan faksyen ini akan hilang atau mengalami perubahan yang terlalu banyak sekiranya hanya disebarkan secara lisan,” kata Vyasa kepada Brahma yang muncul di hadapannya.

“Lalu, apa yang mahu dilakukan?” Dewata bertanya.

“Saya mahu supaya kisah yang saya gubah ini dirakam dalam bentuk bertulis supaya menjadi bahan dokumentasi yang kekal merentas zaman,” Vyasa menjelaskan.

“Maka, kamu mahu beralih daripada tradisi lisan yang menjadi amalan manusia selama ini dan masuk ke dalam tradisi bertulis yang sehingga kini hanya menjadi amalan golongan dewa-dewi?”

“Benar. Namun, transformasi dan reformasi ini bukan bermakna tradisi lisan mahu dilenyapkan terus. Sekurang-kurangnya jika versi bertulis sudah ada, tidak akan timbul kemungkinan kisah keturunan Kuru yang saya gubah ini hilang daripada rekod dan sejarah.”

Khabarnya Brahma akur pada alasan, hujah dan rasional yang dikemukakan oleh Vyasa. Apa yang bakal dilakukan oleh Vyasa adalah suatu tindakan proaktif berbentuk transformasi dan anjakan paradigma melampaui zaman. Namun, Brahma sedar bahawa segala apa yang berlaku adalah mengikut aturan yang sudah ditetapkan.


Source : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/10/21/mahabharata-%E2%80%93-bahagian-3/

Mahabharata – Bahagian 2


Sambil membaca epik Razmnameh dalam Bahasa Parsi – atau apabila mendengar datuk mereka bercerita – Hussain dan Hassan akan menambah watak-watak baru pada rajah keluarga keturunan Kuru.

Dipendekkan cerita, Bhisma tidak mahu menggauli pasangan adik-beradik Ambika dan Ambalika (balu kepada Vichitravirya) kerana sudah bersumpah untuk mengekalkan keterunaannya. Bhisma lalu memujuk ibu tirinya, Satyavati supaya memujuk Vyasa agar menggauli Ambika dan Ambalika demi untuk memastikan jurai keturunan Kuru dapat diteruskan.

Watak Vyasa inilah yang kemudian tampil sebagai penggubah epik Mahabharata yang kini tersebar ke seluruh dunia dan dianggap pula sebagai sebuah kitab suci dalam agama Hindu. Bagaimanapun, Hussain dan Hassan sedar bahawa teks asal yang dipercayai dikarang oleh Vyasa adalah Jaya yang merupakan cerita asas kepada kisah yang kemudian dikembangkan pula oleh Vaisampayana menjadi Bharata.

Sebahagian daripada teks Jaya gubahan Vyasa dikenali sebagai Bhagavad Gita dan sehingga kini mampu berdiri sendiri.  Keseluruhan teks adalah dialog antara Arjuna dan Dewa Krishna, bapa saudaranya. Semasa Arjuna pergi ke medan perang, Dewa Krishna menawarkan diri menjadi pemandu kereta kuda. Dialog yang berlaku antara Arjuna dan Dewa Krishna sepanjang perang itulah merupakan bab keenam dan diberi judul Bhagavad Gita.

Dewa Krishna memberi pelbagai tunjuk ajar, panduan, nasihat, motivasi dan bimbingan kepada Arjuna di medan perang. Memandangkan bab keenam itu mempunyai ciri-ciri yang sempurna sebagai sebuah karya epik, ia diberi judul Bhagavad Gita dan mampu berdiri sendiri sebagai sebuah teks kudus.

Sementara itu, seorang pencerita profesional yang dikenali sebagai Ugrasrava Sauti pula dikatakan menggabungkan Jaya dan Bharata, lalu menghasilkan epik yang dikenali sebagai Mahabharata, teks dengan hampir 1.8 juta perkataan dan panjangnya empat kali ganda Ramayana.

Berbalik kepada kisah Vyasa yang akur pada permintaan ibu kandungnya, Satyavathi, lelaki itu menjadi bapa kepada Dhritarashtra (dilahirkan oleh Ambika dan buta sejak lahir) dan Pandu (dilahirkan oleh Ambalika dan menghidap penyakit kekurangan sel darah merah). Seorang lagi isterinya, Pinjala pula melahirkan anak yang sempurna bernama Suka.

Di kemudian hari, perebutan takhta Kerajaan Hastinapura berlaku antara Yudhisthira (anak Pandu) dan Duryodhana (anak Dhritarashtra). Watak Suka pula akan memainkan peranan penting dalam menyebarkan kisah Mahabharata (Jaya) kepada Raja Parikshit, iaitu cicit Pandu dan cucu Arjuna.

Namun, sebelum itu, Hassan dan Hussain tidak sabar untuk mendengar datuk mereka menceritakan bagaimana Vyasa berjaya menghafaz dan menyanyikan epik Jaya yang dipercayai dirakam dalam bentuk tulisan oleh Dewa Ganesha berkepala gajah. –


Source : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/10/14/mahabharata-%E2%80%93-bahagian-2/

Friday, October 12, 2012

Extortion: Police urge death-in-custody kin to help probe