Rombongan yang diketuai Maharishi Sukracharya sampai di istana Raja Vrishaparva iaitu ketua golongan asura.
Raja berkenaan terkejut kerana memikirkan kemungkinan rakyat telah bangkit dan mahu menggulingkannya daripada tampuk pemerintahan.
“Apakah tujuan begitu ramai pendeta dan maharishi berarak ke istana? Apa yang tidak kena?” tanyanya dengan nada risau. “Nyatakanlah supaya dapat diselesaikan menerusi rundingan.”
Sukracharya yang amat marah dan kecewa tidak berlengah-lengah untuk meluahkan segala apa yang terbuku dalam jiwanya sebagai seorang bapa.
“Dahulu, apabila Kacha iaitu anak Maharishi Brihaspati, penasihat golongan vasu, datang untuk berguru dengan saya, orang-orang di bawah pemerintahan tuanku cuba membunuhnya beberapa kali.
Malah, mereka berjaya membunuhnya beberapa kali! Mujurlah saya menguasai mantera Sanjivini yang berjaya menghidupkannya semula.”
Vrishaparva hanya mendengar tanpa masuk campur. Raja itu sedar bahawa walaupun dia berkuasa, kuasa rakyat – apatah lagi rakyat yang sedang marah dan sudah bersatu – adalah lebih besar dan tidak boleh dilawan dengan mudah.
“Akhirnya, anak kesayangan saya, Devayani yang menderita berulang kali. Saya cuba bersabar dengan segala perbuatan golongan asura terhadap Kacha yang datang berguru pada saya tetapi akhirnya saya yang rugi dan anak saya yang menderita,” maharishi itu meluahkan sambil berusaha menahan perasaan marah dan air mata.
Orang ramai yang datang bersama-sama Sukracharya kelihatan mengangguk-angguk walaupun kisah yang berlaku tidak ada apa-apa kaitan dengan mereka. Sebaliknya hanya isu peribadi.
Bagaimanapun, sebagai pengikut yang setia, apa-apa sahaja yang berlaku ke atas Sukracharya dan keluarganya dianggap sebagai masalah yang turut melibatkan mereka.
Mereka bersedia meninggalkan kerja masing-masing untuk datang menyokong pendeta berkenaan.
“Apakah kisah yang berlaku lama dahulu membuatkan kamu marah dan tiba-tiba bangkit berjuang?
Cuba ceritakan apa yang sebenarnya berlaku,” pinta Vrishaparva sambil mengerutkan kening dengan rasa hairan.
“Kalau dahulu Kacha dibuli dan dibunuh oleh golongan asura, kini Puteri Sarmista pula membuli, menghina dan hampir membunuh anak saya!”
Vrishaparva terkejut mendengar kata-kata itu. Sesungguhnya raja berkenaan tidak tahu apa-apa mengenai kejadian itu. Mulut baginda terlopong dan mata terbeliak seketika.
“Perbuatan Sarmista memang tidak patut dimaafkan! Dia bukan sahaja menghina Devayani serta pekerjaan dan keturunan kami.
Malah dia bertindak ganas menolak anak gadis saya ke dalam perigi buta di tepi tasik di mana mereka pergi untuk mandi-manda.”
Kisah yang diceritakan oleh Sukracharya membuatkan Vrishaparva bertambah hairan. Lalu dimintanya supaya penasihatnya itu menceritakan secara menyeluruh apa yang sebenarnya berlaku.
Maka diceritakanlah oleh Sukracharya berdasarkan versi yang diceritakan kepadanya oleh Devayani yang mengakui dirinya sebagai mangsa dalam insiden yang berlaku.
“Devayani tidak mahu pulang kerana dia tidak rela menjejakkan kaki di tanah yang diperintah oleh bapa kepada seorang puteri yang telah menghinanya.
Maka saya juga sudah memutuskan untuk tidak lagi tinggal di sini!” Sukracharya mengakhiri penceritaannya.
“Beta langsung tidak tahu mengenai apa-apa yang berlaku.
Janganlah kamu mengambil sebarang keputusan drastik. Biarlah kita berbincang dengan tenang.
Bawalah Devayani ke istana dan kita panggil juga Sarmista. Mereka masih terlalu muda dan mungkin pergaduhan yang berlaku hanya perselisihan kecil.”
“Tidak mungkin! Berdasarkan kata-kata yang diucapkan oleh Sarmista – seperti yang diceritakan kepada saya oleh Devayani – apa yang berlaku bukan pertelingkahan kecil yang boleh diabaikan atau dimaafkan,” pendeta itu bertegas.
“Janganlah kamu mengambil sebarang keputusan secara tergesa-gesa. Jika kamu meninggalkan kerajaan ini, maka beta akan melompat ke dalam unggun api dan membunuh diri!”
Source : http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2013/09/08/mahabharata-%E2%80%93-bahagian-48/

No comments:
Post a Comment