Raja Vrishaparva yang diiringi Maharishi Sukracharya dan sekumpulan asura berangkat menuju ke tepi tasik di mana Devayani dilaporkan masih duduk menangis kerana dibuli serta dihina oleh Puteri Sarmista.
Peristiwa keberangkatan itu mula tersebar secara meluas dalam kalangan orang ramai.
Walaupun maklumat dan berita cuba disembunyikan oleh golongan pemerintah – kerana melibatkan maruah dan salah-laku golongan bangsawan – rakyat tetap ada cara untuk mendapatkan dan menyebarkan maklumat.
Setiba di tepi tasik yang dimaksudkan, Vrishaparva mendapati memang Devayani sedang duduk menangis teresak-esak di bawah sebatang pokok.
Perkembangan terbaru itu pula segera dilaporkan secara telepatik oleh beberapa pendeta kepada rakan-rakan yang berada jauh dan dekat.
Apabila melihat ketibaan bapanya serta raja yang juga bapa kepada Sarmista, segeralah Devayani berdiri sebagai tanda hormat kerana sudah menjadi kebiasaan sejak kecil.
Sebelum gadis itu sempat menceritakan semula segala apa yang berlaku sejak mula, Sukracharya berkata,
“Tidak perlulah bercerita kerana saya sudah pun memaklumkan secara terperinci apa yang berlaku.”